Selasa, 7 April 2015

BERSYUKUR

Situasi ini berlaku di kantin sekolah. Berlaku rungutan antara Haikal dan Aiman.Masing-masing tidak bersyukur dengan rezeki yang diperoleh.

Aiman:Kenapa hari ini makanan di kantin tak sedap lansung?

Haikal:Ha,tahu pun.Kuah laksa cair,tak pedas. Kalau macam ni,baik tutup saja kantin ni.

Aiman:Aku tak ada selera nak habiskan makanan ni. Jom pergi koperasi beli biskut.

Rungutan mereka didengari oleh Ustaz Firdaus.

Ustaz:Aiman,Haikal. Tunggu dulu.

Aiman dan Haikal:Ha,ya Ustaz. Boleh kami bantu?

Ustaz:Ustaz terdengar perbualan kamu berdua tadi
          Mengapa merungut dengan rezeki yang Allah berikan?

Haikal:Kami bukan merungut, tapi makanan di kantin ini tak sedap langsung.

Ustaz:Tidak baik kita menghina dan mengeji makanan. Ini semuanya rezeki pada                                            Allah.Kita perlu bersyukur dan
           berterima kasih kepada Allah. Ada orang yang hidupnya terlalu susah dan sukar untuk                          mendapatkan makanan. Nak makan sesuap nasi pun belum tentu dapat, apatah lagi nak                        makan makanan yang sedap.

Aiman:Baik ustaz.

Ustaz:Sentiasalah berdoa kepada Allah, "Ya Allah berkatilah rezeki yang Engku berikan. Dan                       selamatkanlah kami daripada seksa api Neraka-mu." Insya-Allah.

Haikal:Terima kasih kerana mengingatkan kami.

Moral:Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa jua nikmat yang Allah berikan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagus,Ainul Wafa.Saya suka nota ni.Banyak pengajaran.