Khamis, 9 April 2015

HUKUM BERSELFIE DAN BERNYANYI DALAM BILIK AIR


a. Apakah hukumnya 'berselfie' kepada gadis yang bertudung? Hal ini kerana terdapat peraduan yang menggalakkangadis bertudung untuk "berselfie."
b. Apakah hukumnya menyanyi dalam bilik air?

(a) Tiada hukum yang khusus pada 'selfie', maka ia diharuskan kerana berpandukan feqh: "Asal bagi setiap sesuatu itu adalah harus sehinggalah didatangkan dalil yang mengharamkannya." Walau bagaimanapun, diharuskanuntuk gadis 'berselfie' itu ada batasannya, iaitu hendaklah gambar yang diambil itu, tidak menunjukkan atau menimbulkan keghairahan kepada orang yang melihatnya, tidak mendedahkan aurat, tidak menggayakan dengan gaya yang boleh menimbulkan syahwat. Sekiranya perkara-perkara tersebut berlaku, maka haram bagi perempuan untuk menunjukkan gambar tersebut. Dan adalah terlebih baik, bagi perempuan untuk tidak mempamerkan apa-apa gambar dirinya, kerana menjaga kehotmatan diri serta mengelakkan fitnah dari berlaku Wallahu a'lam.

(b) Nabi SAW melarang untuk berkata-kata di dalam tandas. Sekiranya berkata-kata sudahpun dilarang oleh Baginda SAW, terlebih utama untuk meninggalkan menyanyi di dalam tandas sebagaimana hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said yang bermaksud: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah keluar dua orang menuju ke tempat qada hajat dalam keadaan terbuka aurat dan bercakap antara keduanya (ketika qada' hajat) (kerana) sesungguhnya Allah murka terhadap perbuatan tersebut." (Riwayat Bukhari)

Tiada ulasan: