Selasa, 7 April 2015

Jom Jaga Mata!

Kamu semua ingin memiliki mata yang cantik dan bersinar? Jika ya sudah pasti kamu semua perlu mengambil dan mengamalkan pola pemakanan yang sihat serta seimbang. Ia bukan sekadar untuk kesihatan badan menyeluruh, tetapi juga memberi pengaruh besar kepada kesihatan mata. Berikut dikongsikan beberapa makanan yang baik dan sesuai untuk kesihatan mata:




LOBAK MERAH

Lobak merah sangat bagus untuk mata kerana ianya kaya dengan beta karotein yang akan ditukar menjadi vitamin A dalam badan kita. Ianya berfungsi dalam proses bioeletrik mata dan membantu badan melepaskan radikal bebas. Malah, terdapat sedikit protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, biotin, dan potassium dalam lobak merah.


AVOKADO

Avokado merupakan buah yang  mengandungi banyak nutrisi terutama lutein. Lutein merupakan antioksidan karetonoid yang mencegah degenerasi makular dan katarak. Avokado juga mengandungi banyak vitamin penting yang sesuai untuk mata seperti vitamin A, vitamin C, vitamin B6, dan vitamin E.

BAYAM

Bayam merupakan sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink. Vitamin A adalah nutrisi yang baik untuk mata seperti lutein dan zeaxanthin. Lutein yang ada dalam bayam mampu melindungi mata dari proses penuaan yang ikut berubah seiring usia.
BIJI BUNGA MATAHARI

Biji bunga matahari atau lebih dikenali sebagai kuaci merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. Ia juga mengandungi selenium, nutrisi yang boleh mencegah katarak dan baik untuk penjagaan keseluruhan kesihatan mata.



INI SEMUA PENTING UNTUK ORANG YANG BERKACA MATA,RABUN DAN DLL.

Tiada ulasan: