Selasa, 7 April 2015

MENUTUP BAHAGIAN DAGU

 Wajibkah seorang perempuan menutup pada bahagian bawah dagu? Adakah ianya dikategorikan aurat bagi seorang perempuan?


  Berlaku perselisihan pandangan di kalangan fuqaha' berkaitan permasalahan ini. Pandangan JUmhur Ulama termasuk Mazhab Syafi'i ialah bahagian bawah menutupnya. Walau bagaimanapun, ada pandangan yang dhaif (lemah) dalam mazhab Syafi'i yang mengatakan, had atau pakaian solat sehingga tersangkut pakaian itu di muka, maka apa-apa sahaja yang terkeluar dari bahagian tudung tersebut, adalah dikira sebagai tidak aurat dan ia dimaafkan. Dan bagi kita, adalah terlebih baik untuk keluar dari permasalahan khilaf, dengan mengambil nas yang lebih jelas, iaitu dengan menutup bahagian bawah dagu.

Tiada ulasan: